:: IWAN ::

Foto saya
Bentong, Pahang, Malaysia

Isnin, 9 April 2018

TERLALU LAMA

Setelah bertahun aku menyepi, kini aku kembali tapi dengan satu kisah yang berbeza dimana aku secara tidak sengaja menjaga jodoh orang. Pedih kan namun itulah hakikat yang terpaksa aku tempuhi dan telan sepanjang tempoh aku bersama dia. Nak cakap kecewa tu memang ada tapi apa kan daya nasi dah jadi bubur.

Setelah aku berkorban untuk dia, sampai masa dia pergi. Bukan niat aku untuk mengungkit segala apa yang aku dah berikan. Tapi aku kecewa setelah segala persoalan aku dijawab tanpa apa-apa kesalahan aku. Jawapan yang aku terima hanya lah sekadar "no heart feeling". Fuhh memang pedih laa dapat jawapan mcm tu.

Aku merayu macam lelaki takde maruah diri. Perasaan hina keji semua ada di mata kawan-kawan aku tapi aku tak peduli semua itu. Yang aku peduli adalah hubungan 3 tahun yang aku bina bersama dia. Satu Kuala Lumpur aku mencari keberadaan dia akhirnya tuhan pertemukan aku di tempat study dia. Aku memberi salam dengan harapan dia nampak aku datang secara baik namun sangkaan aku meleset. Dia masih dengan ego dia. Puas aku menerangkan segalanya namun dia pergi tinggalkan aku terpinga-pinga tanpa apa-apa khabar. Sedih kan tapi itulah aku. Yang tak pernah tahu erti penyesalan.

APA AKAN AKU LAKUKAN ???

InsyaAllah 18 April Ini aku akan cuba untuk memujuk dia. Siapa-siapa yang baca nukilan aku yang tak seberapa ni. Aku tak mintak banyak cuma doa agar dipermudahkan segala urusan aku bersama dia. Bila lagi aku nak tulis blog balik entahlah. Masa berlalu dan teknologi makin canggih, rasa takde sapa pon nak baca blog-blog ni tapi kalau ada lah perasan nukilan ni. Doa je aku pinta InsyaAllah dimasa akan datang aku akan kembali dengan nukilan yang akan datang.

10 APRIL 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan