:: IWAN ::

Foto saya
Bentong, Pahang, Malaysia

Rabu, 26 Ogos 2015

DARI KUALA TERENGGANU KE DUSHANBE ..

Akhirnya Champion MSL dipertahankan oleh pasukan selatan.Sekalung tahniah buat mereka diatas kejayaan tersebut.Pahang telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan pasukan serba lengkap walaupun berdepan cabaran dan masalah kecederaan pemain.Ok,tutup cerita MSL 2015.

Selepas game terakhir MSL,mereka memulakan perjalanan ke Tajikistan dengan jarak perjalanan memakan masa 16 Jam.Faktor keletihan dan kecederaan mungkin menjadi mainpoint Z.A.H menjelang aksi di Central Republican Stadium,stadium sama menyaksikan Malaysia dimalukan Tajikistan yang majoriti pemain dari kelab Istiklol FC dengan jaringan 4-1.Corak gameplay yang laju serta percubaan dari luar kotak penalti jelas memerangkap corak permainan Pahang yang dilihat lebih kepada bertahan dan bergantung kepada bahagian sayap serta counter attack.Walaupun Istiklol membuat percubaan jarak jauh namun gol-gol yang dihasilkan kesemuanya dari dalam kawasan D box.Kelekaan sedetik dalam Man-to-Man marking menyaksikan Pahang tewas 4-0 di bumi Tajikistan.


Walaupun tewas 0-4,tiada yang mustahil.Dalam bolasepak apa-apa pun boleh terjadi.Kalau mereka mampu memenuhkan stadium ketika pasukan berada di peringkat Asia,kita juga mampu berbuat demikian.Kesetian diuji.Mampukah kita bersama pasukan ketika mereka berada dalam keadaan hidup dan mati di peringkat Asia.Tunjukkan kesetiaan kita di stadium,jangan tunjuk di atas papan kekunci sahaja.Semoga Pahang mampu di peringkat tertinggi ASIA ini.


2nd Leg Quarter Final : Pahang FA vs FC Istiklol : Darul Makmur Stadium,Kuantan : 16/09/2015

Khamis, 20 Ogos 2015

PRIDE 2004

22 Ogos 2015 menjadi tarikh penentu bagi kejuaraan musim ini.Tiada yang mustahil walaupun skuad selatan kini selangkah untuk mengekalkan kejuaraan.Dengan semangat dan kekuatan yang ada,perjuangan dalam memberi sokongan kepada mereka akan tetap diberi.Rezeki Yang Maha Esa itu ada dimana-mana kerana berada dibawah bukan lah penamat segalanya.Kali ini misi dan keazaman yang berbeza dilaungkan agar mereka tidak berasa keseorangan dalam mencapai apa yang diimpikan.


Masih berbaki 90 Minit di Gong Badak.Kejuaraan yang masih terbuka luas.Walauapapun keputusan yang diperoleh.Merekalah PRIDE 2004.

Terus Berlari
Tak Pernah Patah Hati
Asal Kau Menang Ku Bahagia..

Salam 21 Ogos 2015

Rabu, 19 Ogos 2015

APABILA ....

Ada sebuah pasukan jauh di selatan negara mendakwa bahawa pasukan dia lah membawa angin perubahan dalam senario bolasepak negara.Tidak dinafikan fasiliti pasukan tersebut setanding dengan pasukan di benua eropah.NAMUN..Apabila pasukan tersebut tewas ditangan sebuah pasukan dari Pantai Timur yang pernah melalui zaman kegemilangan,maka timbul lah apa yang dikatakan sebagai "MENENTANG SISTEM YANG TELAH SEKIAN LAMA TIDAK DIUBAH". KAHKAHKAHKAH !!

Mutu pengadilan boleh dipersoal tidak kira dalam mana-mana perlawanan sekalipun WAIMA perlawanan yang melibatkan pasukan yang diberi jolokan "ANAK EMAS F.A.M".Namun alasan yang dikeluarkan sedemikian ibarat BERJAYA DIAGUNGKAN,GAGAL DISENYAPKAN.Andai benar dakwaan kononnya liga telah di'BOOKIE' berbaki 2 perlawanan ini dan JUARA telah diketahui,bongkar kan sahaja pasukan mana.Jangan bila PAHANG JUARA dikatakan BOOKIE tetapi JDT JUARA dikatakan HASIL PEMBANGUNAN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN SELAMA 3 TAHUN.. BUTOHHH !!

Bagi aku,walau apa yang berlaku.Mereka telah lakukan yang terbaik.Biar pihak berwajib menyiasat andai BOOKIE ini benar berlaku.

* KALAU BETOL DAH DIRANCANG, KENAPA TAK VIRALKAN #SAYNOTOLIGAMALAYSIA #SAYNOTOBOOKIE ?? HANYA PENDAPAT
-KEKUATAN KAMI BUKAN PADA SUARA,BUKAN PADA KUANTITI
-KEKUATAN KAMI PADA TANGAN YANG MEMOHON KEJAYAAN DARI YANG MAHA ESA

Salam 20 OGOS 2015