:: IWAN ::

Foto saya
Bentong, Pahang, Malaysia

Rabu, 26 Ogos 2015

DARI KUALA TERENGGANU KE DUSHANBE ..

Akhirnya Champion MSL dipertahankan oleh pasukan selatan.Sekalung tahniah buat mereka diatas kejayaan tersebut.Pahang telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan pasukan serba lengkap walaupun berdepan cabaran dan masalah kecederaan pemain.Ok,tutup cerita MSL 2015.

Selepas game terakhir MSL,mereka memulakan perjalanan ke Tajikistan dengan jarak perjalanan memakan masa 16 Jam.Faktor keletihan dan kecederaan mungkin menjadi mainpoint Z.A.H menjelang aksi di Central Republican Stadium,stadium sama menyaksikan Malaysia dimalukan Tajikistan yang majoriti pemain dari kelab Istiklol FC dengan jaringan 4-1.Corak gameplay yang laju serta percubaan dari luar kotak penalti jelas memerangkap corak permainan Pahang yang dilihat lebih kepada bertahan dan bergantung kepada bahagian sayap serta counter attack.Walaupun Istiklol membuat percubaan jarak jauh namun gol-gol yang dihasilkan kesemuanya dari dalam kawasan D box.Kelekaan sedetik dalam Man-to-Man marking menyaksikan Pahang tewas 4-0 di bumi Tajikistan.


Walaupun tewas 0-4,tiada yang mustahil.Dalam bolasepak apa-apa pun boleh terjadi.Kalau mereka mampu memenuhkan stadium ketika pasukan berada di peringkat Asia,kita juga mampu berbuat demikian.Kesetian diuji.Mampukah kita bersama pasukan ketika mereka berada dalam keadaan hidup dan mati di peringkat Asia.Tunjukkan kesetiaan kita di stadium,jangan tunjuk di atas papan kekunci sahaja.Semoga Pahang mampu di peringkat tertinggi ASIA ini.


2nd Leg Quarter Final : Pahang FA vs FC Istiklol : Darul Makmur Stadium,Kuantan : 16/09/2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan